Assalamualaikum, hai, anyeong selamat pagi and selamat malam,


Hari ni aku nak cite sikit laa apa yg ptuttahu dkt MRSM. MRSM ni best, Serious best. Aku baru habis pembelajaran aku dekat MRSM Merbok tahun 2019 dan kepada sesiapa yang nak masuk MRSM pada tahun 2020 dan seterusnya korang memang ptut baca blog aku ni :D.

    Ramai orang ingat kehidupan asrama ni tak best, tak syok dan bosan. Sumpah aku cakap kehidupan MRSM or mana asrama sekalipun, memang BEST GILERR.

    Okay kenapa aku cakap best, First thing first, kawan. Kawan ialah bagi aku paling bermakna sekali dekat MRSM. Pada mulanya memang cam susah sikit nak dapat kawan. Macam aku, aku masuk MRSM tu 2 tahun je means aku masuk time tingkatan 5. Maybe mula2 tu ada la cam resist sikit dengan kelompok budak2 baru ngan budak2 lama. But percaya cakap aku. Lama kelamaan, bila korang makin rapat each other, tu laa paling bermakna sekali dalam hidup korang. Macam mana korang buat baik sama-sama, korang buat jahat sama-sama. hihi. Dari kawan ni jugak kadang kau boleh nampak diri kau yang sebenar. Maksud aku, macam bila dah nak dekat SPM tu kan, kau akan nampak ramai orang study, yeaa memang nampak nerd but itulah yang menentukan masa depan kita. Tapi kau akan sedar yang kenapa diri aku ni cam takde effort untuk masa depan, so dari masa situlaa kau akan start belajar sama-sama dengan kawan2 and kau akan ubah diri kau 100%. and aku ingat lagi macam mana kitaorang enjoy sama-sama. Maksud aku cam celebrate birthday party, time korang tgh stress dengan homework korang cam buat disco/ karok lam anjung/dorm. Memang fun bila korang sama-sama dengan kawan-kawan semua. Percaya la cakap aku, Nanti bila korang nak keluar MRSM nanti, serious kau akan rasa berat nak tinggalkan sbb memang banyak kenangan manis korang kat situ.

   Okay second thing, benda ni memang aku patut cakap iaitu PELAJARAN, dekat seluruh MRSM semalaysia belajar subject2 aliran science, mathematics and addmaths dalam english, but aku cakap awal2 laa, even korang tak pandai english pun, srs kau boleh buat, okay aku cakap la, english aku dari UPSR smpai hbis SPM, tak pernah ok tp subj cambio physics chemy mathematics and addmaths aku boleh score lagi tinggi daripada english, rilex lah guys, cikgu-cikgu dia tak ajar cakap english je mostly dia akan cakap bm, aku sebelum masuk MRSM srs result aku teruk time ujian, but bila masuk MRSM ni alhamdulillah semua makin okay sampai la SPM, cikgu-cikgu yang paling banyak tolong aku even takdela score smpai A+ but kau boleh nampak improvement dalam diri kau, insha allah semua okay percaya lah cakap aku. Dekat MRSM dia ikut sistem pointer',selalunya kalau MRSM biasa2 macam MRSM aku ni 3.5 ke atas tu dah kira pandai. Eleh nak dapat 3.5 tu senang je, cuma siapa yang dapat 4flat or 4.0 tu memang giler sebab 4flat ni membawa maksud dia achieve all subjects A or A+. tapi pointer tu tak menunjukkan result SPM kau pun ;). 

    Third thing aku nak cite pasal cikgu, okay cikgu ni lah yang boleh kata tulang belakang kau nak menuju kejayaan. Maybe kau akan stress sikit sebab kadang ada setengah cikgu yang jenis straight and tak. But kau akan sesuai dengan semua cikgu. Bila kau masuk MRSM ni kan, kau akan nampak macam2 cikgu pnya effort nak tolong kita berjaya. Kadang sesetengah cikgu ni rumah jauh, tapi dorang sanggup nak ajar kita sebab nak tolong kita. Cikgu ni jugaklah yang banyak guide kita and percaya cakap aku, semua yang dia ajar ada banyak kegunaan kat universiti or college nanti. Kadang kita ditugaskan untuk buat kertas kerja, macam mana nk handle event, macam mana tatasusila sesetengah event and so on. So bila korang dah nampak semua benda tu, korang akan ready untuk kegunaan seterusnya.

    Yang keempat aku nak cite pasal event, dalam MRSM ada banyak event, maksud aku UNGA, Annual Dinner, BOYS NIGHT, LADIES NIGHT and so on. Well event2 yang MRSM buat ni semua best2 tauu, sebab kita some of it boleh enjoy and having some fun with friends. Event-event ni jugak will be our memory one day.

    Then aku nak cite pasal jawatan. Apa jawatan yang ada? actually banyak. Jawatan paling tinggi sekali ialah Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP). BWP ni dia cam ketua kepada semua organisasi yang lain. MRSM ada Lembaga Disiplin pelajar (LDP, bahagian disiplin cam pengawas sekolah), Badan Rohani Pelajar (BADAR, cam bab2 agama or kaitan ngan surau), Majlis Tindakan Asrama (MTA, bab2 asrama) and banyak lagi.

    Aku rasa ni mungkin yang terakhir, pasal Homeroom. Homeroom ni dia macam kau ada seorang bapa/ibu (cikgu) and kau ada membe2 yang skli ngan bapa/ibu tu, mksud aku cam group studen dgn fasilitator, kind of like that laa. Actually dgn homeroom ni kau akan buat mcm2, cam jualan kee, makan2 kat luar, jalan2 and so on. Korang jugak akan create benda2 yang manis dkt homeroom korang nnti, trust me :).


     So for now, itu je aku rasa yang ptut korang tahu sikit2 pasal MRSM Merbok or mna2 MRSM pun before korang nak masuk ke alam MRSM. Hope article ni membantu untuk meyakinkan korang untuk masuk ke MRSM.

Ulasan

Catat Ulasan